Halaman

halwa telinga

Jumaat, 25 Oktober 2013

salam jumaat...

salam pagi jumaaat,
seperti yang saya janjikan sebelum nie,saya nak cerita tentang bihun.Bihun @mihun merupakan salah satu jenis makanan dari  TIONGKOK. bihun nie seperti kita tahu bentuknya adalah mi namun lebih nipis.dalam bahasa inggeris disebut rice vermicelli @rice noodles @ rice sticks.

Bihun berasal dari bahasa tionghoa iaitu 'bi' @ertinya beras dan 'hun' ertinya tepung.Bahan asas  bihun sendiri dari tepung beras.Makanan tersebut sangat terkenal dari neegara China dan Asia Selatan seperti India.

Di malaysia sendiri ad pelbagai jenis bihun.Antaranya bihun cap Eka, cap Cabai, cap Kapal Layar dan cap Sufi. anda mesti tertanya-tanya bihun apa yang sedap untuk di goreng @ buat bihun sup.Bihun yang sedap adalah Eka.kalau anda tidak percaya anda boleh cuba sendiri.Bagaimana mudahnya nak goreng bihun ini.
Bihun ini tak anda putus -putus apabila di goreng @ di rebus.Tak cuba tak tahu????



saya di sini cuma berkongsi tentang bihun ja.Tunggu coretan akan datang saya nak kongsi tentang impian saya di masa hadapan selepas saya habis belajar.Sekarang saya masih praktikal & menunggu untuk habiskan pelajaran saya. disini saya ingin memberi saranan bahawa jangan kerana anda seorang  siswazah anda takut untuk berniaga kecil-kecil.Sebenarnya, sebagai fresh mahasiswa yang masih tidak punyai kerja anda boleh lakukan minat anda sebelum bekerja.

SAYA KONGSIKAN TENTANG PERNIAGAAN SUNNAH NABI & PERNIAGAAN JUGA DI TUNTUN DALAM ISLAM...peringatan buat diri sendiri & orang lain.

  • Berniaga itu adalah Fardhu Kifayah
  • Berniaga itu adalah sistem muamalat iaitu sistem memberi
  • Setiap perkara berniaga wajib berlandaskan dan rujuk dengan hukum syarak.
  • Islam pandang tinggi pada peniaga dan usahawan.
  •  Rasulullah s.a.w berniaga dan sebelum usia baginda mencecah 25 tahun baginda telah pun bergelar jutawan. 
INI MERUPAKAN FIRMAN  untuk renungan bersama.
  • Dalil Al Quran tentang perniagaan ,Firman Allah "Wahai orang2 yang beriman,janganlah kamu makan(gunakan) harta2 kamu sesama kamu dengan jalan yang salah(tipu dan sebagainya) kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka diantara kamu,dan janganlah kamu berbunuh bunuhan sesama sendiri.Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu."(An Nisa : 29)
  • Sabda Rasulullah s.a.w "9/10 rezeki adalah datangnya daripada perniagaan".(Riwayat Tarmizi)
 

Rabu, 23 Oktober 2013

makanan kegemaranku.....

 selamat petang. saya tergerak berkongsi tentang makanan kegemaranku.saya suka makan bihun sup & keow teow sup. bila saya jumpa bihun sup saya tak makan nasi sehari pon tak pa.. betapa gilanya suka makan bihun sup.Pantang ada cuti mesti buat bihun sup.Saya suka makan bihun sejak sekolah rendah lagi,ayah saya tahu bila saya balik cuti dari sekolah menegah sampai zaman universiti,mesti ad sup ayam atau daging tulang gear box.Itu merupakan sup kegemaran saya.Pernah zaman universiti bila balik kampung semata-mata nak makan bihun sup.Memang terbaik la bila dapat makan sup.Setiap kali raya mesti akan buat bihun sup untuk makan bersama-sama kawan-kawan & sanak-saudara.Mula belajar buat bihun sup dengan kakak paling garang dalam keluarga,Puan Suriati...(jangan marah ya kak ti).Kak ti yang ajar buat bihun sup sampai pandai untuk makan sendiri la...hehehehe. 
bihun sup

keow teow sup



memang terliur bila tengok sup...di lain coretan nanti saya kongsi bihun yang best buat bihun sup.tunggu coretan yang akan datang.

Selasa, 22 Oktober 2013

as salam...
selamat pagi..
hari ini saya ingin tentang pengalaman saya bersekolah di sekolah menengahku.Lepas sekolah rendah,saya habis UPSR.saya bukan pelajar cemerlang di sekolah.Saya dapat tawaran ke sekolah menengah kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam @HSBM. Disini la bermulanya saya hidup mula berdikari kerana saya tinggal di asrama. Saya mula meninggalkan ayah saya tapi saya mesti balik kampung bila ada cuti.

Masa tingkatan 1,memang tak belajar sungguh-sungguh pon.Selalu dapat result yang amat tidak ok.Masa tingkatan 2 mula ad kawan-kawan rapat.zzzzzzzzzzzzzzzzzz.....saya akan smbung esk ye....tak ada mood nak tulis.

Isnin, 21 Oktober 2013

tentang diri saya.....

as salam...
selamat pagi semua....
Hari ini saya tergerak hati untuk mencoret tentang diri saya.Nama siti aishah bt shaari. Saya berasal dari bukit mertajam,pulau pinang.Saya dilahirkan tanggal 10 April 1990. Saya merupakan anak kelima daripada enam beradik. saya dibesarkan oleh sebuah keluarga yang sederhana. saya tinggal di sebuah kampung di kampung teluk,cheruk to'kun.Saya mempunyai ibu & bapa seperti orang lain.Nama bapa ialah Shaari b Othman manakala ibu saya bernama Che su Bt Abdul Kadir.saya mempunyai enam beradik iaitu Kak Ti,Kak Eda,Abang Ban, Ija & Adk No.Mereka merupakan adik beradik yang sempoi...Adik beradik saya semua sudah dewasa.Saya & adik beradik memang rapat sebab ayah saya sangat garang & tegas.kami mesti kami makan sekali tanpa gagal.

Pada usia saya mencecah umur 6 tahun,saya kehilangan ibu yang saya sangat saya sayang.orang yang saya panggil emak meninggalkan kerana sakit buah pinggang.selepas itu,saya dijaga oleh ayah saya.lepas itu, saya memang rapat dengan ayah saya...ayah saya merupakan sumber inspirasi saya.Saya dulu memang gemuk,oleh itu abang saya selalu panggil saya KOBEN.Saya suka makan tanpa rasa takut gemuk.Dalam adik beradik saya,saya paling sihat.


Saya mula bersekolah tabika Kemas Cheruk to'kun. saya ingat lagi nama guru tabika saya Cikgu Suraya.saya bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Juarayang teletak di persimpangan jalan kulim.Sekolah rendah saya berdekatan rumah saya.seingat saya saya pergi sekolah menaiki basikal bersama sepupu saya...saya bersama-sama sepupu pikah,farah.Kami membesar bersama-sama di kampung sebab umur sama.Semasa saya darjah 1-3 saya duduk kelas 1merah sampai 3merah lepas darjah 3 saya naik darjah 4 sampai darjah 6 saya duduk kelas 4amanah- 6 amanah. Saya mempunyai guru sekolah rendah yang bernama cikgu rosdiana, cikgu zainab,cikgu muzik saya cikgu sarimah & tidak lupa juga cikgu pusat sumber saya cikgu saaadiah.saya mempunyai guru yang lain tapi tak ingat.

 



Jumaat, 15 Julai 2011

cinta muka buku....renungkan...


                                        best lagu.....
                                  layan je ye....